UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Noraini Ibrahim
12016
article
Pengajaran Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) menggunakan teknik O-Pizza
Ab Wahab Shahrul Amri, Nasirun @ Hirun Noraini, Selamat Sarah Mardhiah, Ibrahim Ima Ilyani, Ya Syazwani,
Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) merupakan salah satu konsep yang sukar difahami oleh kebanyakan pelajar kerana belum terdedah dengan persekitaran kerja. Artikel ini membincangkan teknik pengajaran EOQ dengan menggunakan kaedah pembelajaran pengalaman untuk meningkatkan pemahaman pelajar melalui modul O-Pizza sebagai analogi. Analogi ini dipilih kerana ianya lebih dekat dan dikenali oleh pelajar. Di samping itu, satu analisa data ringkas menggunakan Ujian U Mann-Whitney telah dijalankan untuk membandingkan keputusan peperiksaan, khususnya bagi soalan berkaitan EOQ. Peserta kajian terdiri daripada para pelajar daripada dua kumpulan; satu kumpulan diajar menggunakan O-Pizza, manakala satu lagi menggunakan kaedah pengajaran biasa. Keputusan analisa data menunjukkan bahawa sampel kumpulan yang menggunakan O-Pizza mendapat min markah yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang menggunakan kaedah biasa. Dapatan ini mengisyaratkan kaedah pembelajaran pengalaman melalui modul O-Pizza boleh diperl.....

1710 hits

22018
thesis
Manifestasi pemikiran pengarang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Noraini Ibrahim
Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan pemikiran pengarang secara langsung daripada watak-watak yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Analisis kualitatif ini menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K janaan Mohd Yusof Hassan. Teori ini berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran pengarang menggunakan teori SPB4K dan menganalisis pemikiran pengarang dalam novel yang dikaji. Analisis membuktikan manifestasi pemikiran pengarang novel ini berkaitan dengan teori diaplikasikan. Penyelidik mendapati keempat-empat aspek pemikiran ini terkandung secara signifikan dalam novel ini dengan adanya nilai-nilai kemanusiaan sebagai pedoman kepada pembaca. Pengkajian ini diharapkan dapat menarik minat pengarang karya sastera untuk menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu dan dapat dijadikan sebagai salah satu pilihan tek.....

925 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.