AbstractKajian ini dijalankan untuk mengetahui elemen-elemen penting yang diperlukan
pelajar bagi membantu proses pembelajaran. Data dikumpul melalui soal selidik dan
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS).
Nilai min digunakan untuk menentukan aras kepentingan setiap elemen yang dikaji.
Kajian ini dijalankan ke atas 380 orang pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebanyak 47 elemen yang meliputi
elemen-elemen keperluan kursus, komunikasi, penilaian dan capaian maklumat telah
dikaj i untuk menentukan sejauh mana kepentingan elemen-elemen tersebut dalam
portal pendidikan. Hasil kajian ini mendapati elemen-elemen yang dikatakan "sangat
penting" adalah Jadual Peperiksaan, Nata Kuliah, Jadual Ujian, Keputusan
Peperiksaan, Contoh Skima Pemarkahan, Direktori Utama Internet, Bank Soalan,
Berita Pendidikan Semasa, Madu! Pembelajaran, Rekod Pencapaian Prestasi,
Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian, Kuiz Ata.....