UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Noraliza Minhat |
1 | 2019 thesis | Kesan Model Hibrid Teaching Games for Understanding-Pendidikan Sukan terhadap prestasi dan refleksi bagi kategori jaring tingkatan 1 Noraliza Minhat Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan Model Hibrid Teaching Games for
Understanding-Pendidikan Sukan (HTGfU-PS) terhadap prestasi dan refleksi murid
Tingkatan 1 bagi permainan kategori jaring. Prestasi dan refleksi murid
memfokuskan aspek membuat keputusan taktikal buka ruang, tutup ruang, pemilihan
menggunakan kemahiran dalam permainan, pelaksanaan kemahiran dan aspek
kesukanan iaitu tanggungjawab kendiri, interaksi sosial dan etika dalam sukan.
Kajian menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan sampel kajian terdiri
daripada 96 orang murid Tingkatan 1. Tiga set instrumen digunakan dalam kajian
iaitu Instrumen Pemerhatian Permainan, Instrumen Penilaian Domain Afektif dan
Instrumen Penilaian Retleksi Murid. Data dianalisis dengan mengunakan Min,
Sisihan Piawai, Anova, Manova, Mancova, dan korelasi Pearson. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian prestasi yang signifikan dalam kesan
instruksi keseluruhan iaitu bagi aspek kognitif dan psikomotor..... 15 hits |