AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan, mengesahkan serta menguji ciri psikometrik bagi Inventori Saringan Personaliti Jurutera Samudera (PERJURA). PERJURA dibangunkan untuk melengkapkan proses saringan awal pemilihan pelajar bagi Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di Politeknik Malaysia menggunakan pendekatan analisis Teori Respon Item (IRT). Model Personaliti Lima Faktor telah menjadi tunjang utama bagi pengukuran personaliti diri yang melibatkan lima konstruk utama iaitu Keterbukaan, Kehematan, Ekstraversi, Kesetujuan dan Neurotisme. Konstruk keenam iaitu Survival pula telah dibangunkan khusus untuk mengukur personaliti persekitaran kerja. PERJURA telah dibangunkan berasaskan model pembinaan ADDIE yang perlu melalui lima fasa utama kajian. Dapatan awal menunjukkan data yang diperoleh daripada ujian pertama telah terlebih dahulu memenuhi dua andaian utama IRT iaitu kesemua itemnya bersifat unidimensi dan kebebasan setempat. Analisis IRT pada ujian pertama telah mendapati .....