AbstractManusia sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian diberikan tugas dan amanah yang sangat besar, iaitu untuk mentadbir, memakmur dan membangun peradaban. Berbekalkan kejadian penciptaan manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani dengan kelebihan akal dan kudrat, manusia berkemampuan merubah dan mencorak masa depan peradaban mereka sendiri. Persoalan tentang pembinaan dan perkembangan peradaban telah pun dibincangkan oleh beberapa orang tokoh sarjana dan pemikir tersohor di Timur dan di Barat dengan menjadikan manusia sebagai fokus utama perbincangan. Cetusan minda sarjana dan pemikir silam wajar direnungi dan dimanfaat oleh generasi hari ini untuk membangunkan kembali kegemilangan peradaban manusia. Pembinaan peradaban harus bercirikan keseimbangan antara kemajuan material dengan ketinggian akhlak yang berpaksikan tauhid. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan beberapa aspek pemikiran dua orang tokoh pemikir Muslim yang berkaitan.....