UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Norfaizah Abdul Jobar
12017
thesis
Analisis wacana penulisan karangan dalam kalangan murid bahasa kedua
Norfaizah Abdul Jobar
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis wacana dalam penulisan karangan murid bahasa kedua berlandaskan Teori Sistemik Fungsional, Pendekatan Hipertema dan Makrotema. Sebanyak 91 buah karangan murid bahasa kedua telah dianalisis melibatkan 2013 ayat dan 501 perenggan dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian Tema Ideasional dalam unit perenggan pendahuluan, isi dan kesimpulan melibatkan proses-perihal, proseslakuan, manakala pemanfaatan unsur keadaan-lokasi dan keadaan-peranan lebih diutamakan dalam unit pendahuluan tetapi unsur keadaan-lingkungan dan keadaan sebab melibatkan unit isi dan kesimpulan. Seterusnya, pemanfaatan Tema Interpersonal, bagi unit pendahuluan melibatkan aplikasi unsur kata tanya, unit isi dan kesimpulan pula melibatkan unsur komen. Strategi Tekstual bagi unit pendahuluan melibatkan pemanfaatan unsur penghubung tambahan, unit isi melibatkan pemanfataan unsur penghubung musabab dan unit kesimpulan melibatkan pe.....

1067 hits

22019
article
Analisis tekstual dalam penulisan karangan murid bahasa kedua
Norfaizah Abdul Jobar
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis komponen tekstual dalam penulisan karangan murid bahasa kedua. Analisis tertumpu pada jenis komponen tekstual (penanda wacana) yang terbentuk melalui pemilihan Tema (awal kata) dalam unit perenggan karangan. Pendekatan analisis dokumen digunakan dalam kajian ini melalui penganalisisan 2013 ayat berdasarkan teori Sistemik Fungsional dan Tatabahasa Dewan. Semua ayat tersebut diekstrak daripada perenggan karangan yang terdiri daripada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Hasil dapatan menunjukkan pemanfaatan komponen penanda wacana musabab diaplikasikan dalam unit perenggan pendahuluan, penanda wacana tambahan dalam unit isi dan penanda wacana tempoh dalam unit kesimpulan. Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru dan murid akan peranan yang dimainkan oleh setiap penanda wacana tersebut dalam membina penulisan yang berkoheren selain dapat memberi impak terhadap kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam kelas..

974 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.