UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Norhanim Sofie Mahasan |
1 | 2023 final_year_project | Pendekatan gamifikasi dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih Norhanim Sofie Mahasan Kajian ini memerihalkan tentang pendekatan gamifikasi dalam pengajaran tatabahasa
Bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih. Objektif kajian ini terbahagi kepada tiga
iaitu 1) mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap pendekatan gamifikasi dalam
pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu, 2) mengenal pasti jenis-jenis aplikasi
gamifikasi yang digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran tatabahasa Bahasa
Melayu, dan 3) menganalisis cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih semasa
menggunakan pendekatan gamifikasi dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu.
Data kajian ini dikumpul secara kuantitatif iaitu melalui kaedah soal selidik. Seramai
50 orang guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak dari program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian telah dipilih
sebagai sampel kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM
SPSS Statistic 25. Hasil penelitian jelas menunjukkan bahawa persepsi guru pelatih
terhadap pendekatan gam..... 2173 hits |