AbstractTujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Seni Visual di lima buah sekolah dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini melibatkan seramai 309 orang pelajar di tingkatan empat yang terdiri daripada 158 orang pelajar lelaki dan 151 orang pelajar perempuan. Kesemua sampel yang terlibat adalah daripada pelajar aliran sastera. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran Konstruktivisme yang dilaksanakan oleh guru dapat mempertingkatkan lagi penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran-pembelajaran, Secara khususnya kajian ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan penguasaan sedia ada pelajar melalui konsep Asas Seni Reka menerusi penguasaan Unsur Seni (Seni Halus) dalam Pendidikan Seni Visual bagi pelajar dalam daerah Larut Matang dan Selama. Data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan SPSS Verst .....