UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Norleeza Muhammad |
1 | 2019 thesis | Pembangunan dan pengesahan model penerimaan teknologi (TAM) E-portfolio kerjaya bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan Politeknik Norleeza Muhammad Kajian ini bertujuan membangunkan model penerimaan aplikasi e-portfolio
berdasarkan Technology Acceptance Model (TAM) sebagai instrumen bagi
membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar politeknik terutamanya bagi
mempamerkan aspek kemahiran generik mereka. Reka bentuk kajian menggunakan
kaedah kuantitatif secara tinjauan. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian bagi pengumpulan data yang melibatkan seramai 389 orang pelajar Diploma
Ukur Bahan di seluruh politeknik di Malaysia yang terdiri dari pelajar semester lima
dan enam. Bagi mengenal pasti hubungan antara lima faktor utama iaitu persepsi
mudah guna, persepsi kebergunaan, tingkah laku terhadap penggunaan , hasrat untuk
menggunakan dan penggunaan sebenar ke arah penggunaan e-portfolio sebagai
medium untuk kebolehpasaran graduan, analisis Model Persamaan Struktural telah
digunakan. Dapatan kajian menunjukkan hubungan setiap faktor adalah signifikan
kecuali hubungan antara persepsi mudah guna dan persepsi ke..... 812 hits |