UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Normah Karmani |
1 | 2016 thesis | Pembangunan model kemahiran kepimpinan guru sekolah menengah di Shah Alam, Selangor Normah Karmani Kajian ini bertujuan untuk membina model kemahiran kepimpinan guru. Kajian ini menggunakan soal selidik dan ditadbir kepada guru-guru di 17 buah sekolah menengah harian di Shah alam, Selangor. Seramai Seramai 350 responden telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis faktor eksploratori dan analisis faktor konfirmatori bagi mengukur susun atur pertama dan juga susun atur kedua. Kajian ini mendapati sebanyak tiga sub konstruk kemahiran kepimpinan guru telah terbentuk bagi model kemahiran kepimpinan guru iaitu sub konstruk kemahiran penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran interaksi kolaborasi dan kemahiran kerjasama komuniti. Model yang terhasil ini boleh digunakan untuk memberi latihan kepimpinan kepada guru dalam program peningkatan profesionalisme guru... 2896 hits |
2 | 2022 thesis | Kepimpinan guru sekolah dan hubungan dengan efikasi guru serta sokongan organisasi guru sekolah menengah negeri Selangor Normah Karmani Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepimpinan guru dan hubungannya
dengan efikasi guru serta sokongan organisasi. Kajian ini menggunakan soal selidik dan
ditadbir kepada guru-guru di sekolah menengah di Selangor. Seramai 348 responden
yang dipilih secara rawak daripada 23,589 orang guru sekolah menengah di negeri
Selangor. Teori Tindakan Kepimpinan Guru, Model Sfera Tindakan Kepimpinan Guru
serta Teori Efikasi merupakan antara teori dan model yang mendasari kajian ini. Data
dalam kajian ini dianalisis menggunakan analisis faktor eksploratori (EFAEksploratory
Factor Analysis), analisis faktor konfirmatori (CFA- Confirmatory factor
analysis) dan Model Persamaan Struktural (SEM). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan guru dan efikasi guru,
kepimpinan guru dan sokongan organisasi serta sokongan organisasi dan efikasi guru.
Namun begitu dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sokongan organisasi bukanlah
mediator di..... 475 hits |