UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Norruzeyati Che Mohd Nasir |
1 | 2016 article | Aspek-aspek keluarga dan penglibatan remaja perempuan dalam tingkah laku delinkuensi Che Mohd Nasir Norruzeyati, Statistik melaporkan penglibatan remaja perempuan dalam tingkah laku delinkuensi semakin meningkat. Kajian literatur menunjukkan salah satu aspek yang menyumbang kepada delinkuensi dalam kalangan remaja perempuan ialah keadaan persekitaran keluarga seperti penglibatan keluarga dalam jenayah, status sosioekonomi keluarga, penderaan seksual atau fizikal, kurangnya hubungan kemesraan dengan ibu bapa dan kelemahan kawalan ibu bapa. Justeru itu, artikel ini bertujuan menganalisis apakah faktor keluarga yang menyumbang kepada penglibatan remaja perempuan dalam tingkahlaku delinkuensi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mengumpul data dan menganalisis data. Responden yang dipilih adalah berdasarkan persampelan bertujuan dan mendapat persetujuan daripada mereka untuk dilibatkan sebagai subjek kajian. Data dikumpulkan melalui temubual separa struktur iaitu pengkaji menyediakan senarai soalan yang berkaitan terlebih dahulu. Data seterusnya dianalisis menggunakan analisis tematik. Has..... 1500 hits |
2 | 2020 article | Faktor risiko dinamik residivisme dalam kalangan Orang DiParol (ODP): perspektif kakitangan Parol Norruzeyati Che Mohd Nasir Setiap banduan yang dikenakan hukuman pemenjaraan di atas kesalahan jenayah yang dilakukan akan kembali kepada masyarakat kecuali bagi pesalah hukuman mati. Proses integrasi semula ke dalam masyarakat umum bukanlah suatu proses yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh bekas banduan. Sekiranya mereka gagal dalam proses tersebut, kemungkinan bekas banduan akan terlibat semula dalam tingkah laku jenayah atau residivisme. Perkara ini menimbulkan kebimbangan terutamanya kepada agensi yang terlibat secara langsung dalam rehabilitasi banduan dan Orang DiParol (ODP). Pelaksanaan sistem parol di Malaysia pada tahun 2008 adalah antara usaha pihak kerajaan khususnya Jabatan Penjara dalam membantu ODP berjaya dalam proses integrasi semula. Kakitangan parol merupakan individu yang paling hampir dengan ODP dan bekas banduan selain keluarga. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneroka pandangan kakitangan parol tentang faktor risiko dinamik residivisme yang dihadapi oleh klien..... 757 hits |