UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Norshafikah Mustapha Kamal |
1 | 2021 thesis | Kesan pengajaran menggunakan strategi model peringkat kefahaman numerasi terhadap pencapaian dan sikap murid tingkatan 2 dalam penyelesaian masalah Matematik berayat Norshafikah Mustapha Kamal Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran menggunakan Strategi Model
Peringkat Kefahaman Numerasi (SMPKN) terhadap pencapaian dan sikap murid
Tingkatan 2 dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kajian ini merupakan
kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Sampel kajian terdiri
daripada dua buah kelas berjumlah 66 murid Tingkatan 2 yang dipilih secara rawak
kelompok daripada sebuah sekolah di daerah Larut, Taiping. Seramai 33 orang murid
sebagai kumpulan eksperimen menjalani pengajaran menggunakan SMPKN manakala
seramai 33 orang murid sebagai kumpulan kawalan menjalani pengajaran
menggunakan Strategi Pengajaran Konvensional (SPKON). Dua jenis instrumen
digunakan bagi mengumpul data iaitu Ujian Pra dan Pasca Penyelesaian Masalah
Matematik Berayat dan Soal Selidik Sikap terhadap Penyelesaian Masalah Matematik
Berayat. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai,
disusuli dengan analisis statistik inferensi men..... 650 hits |