AbstractKajian ini bertujuan untuk membangun dan memvalidasikan rubrik sebagai alat pengukuran
penulisan ilmiah pelajar Ijazah Sarjana Muda. Model Analysis, Design, Development,
Implementation, Evaluation (ADDIE) telah digunakan untuk menginstruksikan rubrik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah
kombinasi penerokaan secara berperingkat dengan fasa pertama, iaitu fasa analisis,
kemudian diikuti oleh fasa reka bentuk dengan membangunkan model penilaian rubrik. Seterusnya
fasa implementasi yang dilaksanakan dalam proses PdP untuk menganalisis penilaian proses dan
membaiki rubrik yang sudah disediakan. Pendekatan kualitatif digunakan bagi menganalisis
maklum balas pelajar (58 responden) dan pensyarah (4 informan), manakala pendekatan
kuantitatif telah digunakan bagi m.....