UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 6 |
Simplified search suggestions : Norzuraina Mohd Nor |
1 | 2019 thesis | Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian Norzuraina Mohd Nor
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks Braille
Pendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara
(PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkan
model penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakan
reka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang
murid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,
temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,
manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalah
berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori Pembelajaran
Tingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkan
BTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong prose..... 22181 hits |
2 | 2015 thesis | Pendekatan visual untuk meningkatkan kreativiti murid cacat pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Norzuraina Mohd Nor Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kreativiti murid cacat pendengaran. Pendekatan visual digunakan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada murid cacat pendengaran yang melibatkan penggunaan modul yang dihasilkan berunsur grafik, objek sebenar dan bahan multimedia. Kajian ini juga melihat peningkatan kreativiti murid cacat pendengaran setelah menggunakan modul yang berasaskan pendekatan visual yang terdapat di dalamnya elemen bahasa seni visual dan kaedah pengajaran. Kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental. Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid cacat pendengaran dan empat orang guru seni visual di Sekolah Pendidikan Khas Selangor Seksyen 18, Shah Alam. Data temubual dan pemerhatian diuruskan dalam bentuk rumusan manakala data tugasan dan foto visual diuruskan dengan menggun..... 1234 hits |
3 | 2021 article | Students’ cognitive development through improvisations in a theatre game-based approach Norzuraina binti Mohd Nor This study aims to examine students’ cognitive development during the teaching and learning of the topic of Mixed-media Paintings using a theater game-based approach. This study is based on a qualitative approach which involving 8 Form Five students who were selected as the study sample. Data were collected through observations where the researchers examined the learning process which involving five sessions, namely induction, perceptions of art, applications of art, expressions of art, and art in life. Teachers were provided with the modules of theater games and a teaching plan as a guideline for the theater game-based approach in teaching the subject matter based on Bloom’s taxonomic levels of mastery. Data was analyzed using Nvivo software to reveal students’ level of cognitive development based on the twenty-first century learning skills as they performed selected theater games during the learning of Fine Art Specialization. The finding shows that students made several sponta..... 700 hits |
4 | 2021 article | Komunikasi dalam pemahaman Konsep Seni Visual semasa proses pembelajaran murid masalah pendengaran Norzuraina Mohd Nor Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran(PdP) merupakan aspek terpenting dalam menjadikan subjek yang diajar menarik sekaligus murid dapat menghargai kepentingan dan menghayati keindahan subjek itu sendiri. Kajian ini melihat bagaimana komunikasi dalam subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) dapat meningkatkan kefahaman murid masalah pendengaran (MMP) terhadap konsep seni. Fokus kajian ini untuk mengenal pasti komunikasi dalam pemahaman konsep seni pada MMP pada akhir PdP. Pensampelan melibatkan enam orang MMP yang berumur antara 11 dan 12 tahun yang menghasilkan tugasan mengikut tema yang diberikan, dan empat orang guru yang mengajar PSV. Reka bentuk kajian kes digunakan dengan pendekatan kualitatif berdasarkan kaedah pemerhatian, temu bual dan tugasan. Teori Sosio Budaya yang menekankan kepada kerangka Scaffolding diaplikasikan dalam PdP MMP. Dapatan mendapati masalah kefahaman terhadap konsep seni berpunca daripada komunikasi antara murid dengan guru semasa proses pembelajaran berla..... 326 hits |
5 | 2021 article | Sumbangan kepakaran rekaan ergonomik dalam menangani kekurangan peralatan perlindungan diri bagi para petugas barisan hadapan (Frontliners) dalam isu Covid 19 Norzuraina Mohd Nor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa wabak Novel Koronavirus (COVID-19) pada 30 Januari 2020. Virus ini sangat berbahaya dan perlu ditangani penularannya ke serata dunia. Maka, petugas barisan hadapan perlu mengenakan pakaian perlindungan diri(PPE) bagi mengelakkan virus merebak ketika merawat pesakit. PPE bertujuan untuk memastikan keselamatan dan mencegah petugas kesihatan daripada terkena jangkitan COVID-19 namun kekurangan bekalan PPE begitu meruncing ketika ini apabila permintaan terhadap penggunaan PPE menjadi semakin tinggi. Orientasi kekurangan bekalan membuatkan sukarelawan mula memikirkan inisiatif untuk memberikan sumbangan. Ini bagi memenuhi keperluan PPE yang semakin berkurangan dalam penyimpanan stok Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sumbangan menjurus ke arah kepakaran penghasilan peralatan dan pakaian yang mempraktikkan pemikiran inovasi. Maka, pihak universiti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mula menyumbangkan kepakaran untuk menghasi..... 223 hits |
6 | 2022 article | Pameran antarabangsa seni visual generasi 21 sokongan kementerian dan kecenderungan karya generasi z Norzuraina Mohd Nor Pameran Antarabangsa Seni Visual Generasi 21 merupakan program seni inisiatif Katarsis Seni. Ia dirancang khas untuk generasi Z yang terdiri dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 21 tahun. Program ini melibatkan penyertaan antarabangsa yang bertujuan untuk melihat kesinambungan pendidikan seni bagi membina jati diri generasi Z di masa hadapan. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti bagaimana sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) terhadap aktiviti seni remaja di samping melihat kecenderungan karya seni yang dihasilkan oleh remaja generasi Z semasa musim pandemik. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temu bual dan dokumen analisis. Dapatan mendapati KPM kurang memberi galakan untuk penyertaan remaja disebabkan situasi semasa, namun MOTAC menyokong penuh penganjuran dan penyertaan remaja sama ada melalui khidmat tempat, kepakaran dan perundingan pameran kepada pihak penganjur. Rentetan kurangny..... 121 hits |