AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, kekerapan, dan masalah
guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA. Pendekatan kuantitatif
dengan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada empat
bahagian iaitu demografi responden, tahap pemahaman guru, aktiviti dan kekerapan
guru serta masalah yang dihadapi guru melaksanakan kaedah belajar melalui bermain
digunakan dalam kajian ini. Populasi kajian terdiri daripada guru TADIKA di daerah
Hulu Selangor, Selangor. Sampel dipilih seramai 70 orang guru TADIKA. Pemilihan
sampel dibuat secara rawak tanpa mengambil kira demografi responden. Secara
keseluruhannya dalam bahagian B, tahap pemahaman guru tentang penggunaan kaedah
belajar melalui bermain di TADIKA berada pada tahap ‘tinggi’ dengan nilai min 3.936
(s.p. = 0.753). Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan antara tahap pemahaman guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain
dengan jenis TADIKA (F.....