AbstractKajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh efikasi kendiri kaunseling dan strategi
daya tindak terhadap identiti profesional kaunselor di sekolah dalam daerah negeri Kedah.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan.
Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak berkelompok yang melibatkan 201
orang kaunselor di sekolah di daerah sekitar negeri Kedah. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah soal selidik Efikasi Kendiri Kaunseling oleh Bodernhorn &
Skaggs, Strategi Daya Tindak oleh Cano Garcia et al. dan Profesional Identity and Values
Scale-Revised (PIVSR) Healey et. al. Data dianalisis menggunakan Ujian-t, Korelasi Pearson
dan Regrasi Berganda. Hasil Ujian- t menunjukkan tidak terdapat perbezaan bagi efikasi kendiri
kaunseling, strategi daya tindak dan identiti profesional .....