UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nur Adnin Syamil Halik Bassah |
1 | 2023 thesis | Analisis isu dan strategi dasar lonjakan graduan TVET berkualiti di Institut Latihan Kemahiran Malaysia Nur Adnin Syamil Halik Bassah Strategi lonjakan Graduan TVET Berkualiti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia: Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM PT) dibangunkan kerana kesedaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan enrolmen TVET dengan
sasaran seramai 656,000 graduan menjelang 2025. Namun demikian, enrolmen pelajar
aliran TVET pada masa kini didapati tidak mencukupi dalam10 daripada 12 sektor
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis
strategi yang relevan untuk diimplementasi untuk merealisasikan aspirasi lonjakan
Graduan TVET Berkualiti melalui empat aspek analisis dasar iaitu permasalahan,
pemilihan, pemerhatian dan pencapaian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang
menggunakan kaedah protokol temu bual dan analisis dokumen dengan bersandarkan
kepada Model of Policy Analysis (Dunn, 1994). Seramai 18 orang peserta kajian yang
terdiri daripada kumpulan pentadbir institusi, tenaga pengajar dan wakil industri telah
ditemu bual dengan b..... 732 hits |