UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Nur Ainul Basyirah Alias
1
Abstract
Amalan wakaf sememangnya merupakan amalan Islam yang bertujuan memberikan kebajikan kepada masyarakat. Ia sentiasa dipelopori oleh umat Islam di setiap wilayah pemerintahan Islam sedangkan para pewakaf tidak disyaratkan mesti beragama Islam. Walau bagaimanapun, jumlah wakaf yang dilakukan oleh orang bukan Islam ketika pemerintahan ‘Uthmaniyyah amat signifikan sama ada kepada kelompok agama mereka atau diberikan kepada manfaat umum. Oleh itu, perbincangan ini bertujuan untuk meneliti konsep & pelaksanaan wakaf golongan bukan Islam yang pernah dicatatkan pada era ‘Uthmaniyyah. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data daripada pelbagai sumber yang berautoriti dan dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Kajian mendapati bahawa amalan wakaf orang bukan Islam di dalam pemerintahan ‘Uthmaniyyah telah dilaksanakan dan direkodkan seperti mana wakaf yang dilakukan umat Islam. Golongan bukan Islam turut berwakaf bagi tujuan keagamaan mereka dan juga kebaji.....
Article Published 2024 406 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.