|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nur Alyani Nazirah Dolzali |
| 1 | 2024 Thesis | Kesan penggunaan multimedia interaktif terhadap tahap perkembangan Matematik pra nombor kanak-kanak empat tahun Nur Alyani Nazirah Dolzali Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan multimedia interaktif terhadap tahap perkembangan matematik pra nombor kanak-kanak empat tahun. Kajian ini berbentuk kuantitatif (kuasi-eksperimen) sepenuhnya yang melibatkan seramai 60 orang kanak-kanak berumur empat tahun yang terdiri daripada 30 orang kanak-kanak kumpulan kawalan dan 30 orang kanak-kanak kumpulan rawatan. Perisian Multimedia Interaktif di Microsoft Power Point 2019 dibangunkan menggunakan reka bentuk Model ADDIE iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini melibatkan instrumen ujian pra dan ujian pasca tahap perkembangan matematik pra nombor kanak-kanak empat tahun dan telah disahkan oleh dua orang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kebolehpercayaan dalam instrumen kajian menggunakan Cronbach_s Alpha ialah .809. Data kajian ini dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0 berdasarkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis T- Test. Dapatan kajian menunjukk..... 1 hits |