AbstractTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis kesan penggunaan Teknik
Tetingkap dalam kemahiran menulis karangan terhadap 60 orang murid tahun lima yang
berpencapaian sederhana. Responden ini dipilih secara tidak rawak, iaitu sampel bertujuan yang
terdiri daripada kelas pertengahan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun sebelumnya.
Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah Melaka
Tengah, Melaka yang merupakan tempat pengkaji berkhidmat untuk memudahkan proses kajian
ini dijalankan manakala sebuah lagi sekolah yang dipilih adalah sekolah
berhampiran. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah kuasi eksperimental
dengan membahagikan responden kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang diajar secara
tradisional, pengajaran penulisan karangan .....