|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nur Ayuni Natasha Roslan |
| 1 | 2024 Final Year Project | Kebolehgunaan GamiE-Modul LaNr (Latihan Asas Nota Ringkas) bagi pengiraan baja dalam mata pelajaran Pertanian Nur Ayuni Natasha Roslan Bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berupaya mencipta lingkungan pembelajaran yang interaktif di dalam kelas. Walau bagaimanapun, penggunaan TMK masih belum lagi dilaksanakan secara menyeluruh dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Situasi ini turut dihadapi bagi mata pelajaran Pertanian berikutan terdapat guru-guru yang masih lagi tidak berminat dengan penggunaan BBM berasaskan teknologi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu E-Modul yang dilengkapi dengan komponen gamifikasi bagi subtopik Pengiraan Baja yang diberi nama GamiE-Modul LaNr (Latihan asas Nota ringkas). Terdapat dua objektif kajian iaitu i) untuk membangun GamiE-Modul LaNr bagi subtopik Pengiraan Baja dan ii) untuk menentu kebolehgunaan GamiE-Modul LaNr bagi subtopik Pengiraan Baja. GamiE-Modul LaNr dibangunkan berdasarkan teori konstruktivisme dan Model ADDIE. Pendekatan kajian yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif dan kajian tinjauan keratan..... 199 hits |