AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengenal pasti persepsi
kebolehgunaan e-modul Salt-To-Us bagi standard kandungan penyediaan garam
dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Berdasarkan analisis keperluan yang
telah dijalankan dalam kalangan guru-guru kimia, kebanyakan topik yang susah
untuk disampaikan kepada pelajar adalah topik asid, bes dan garam. Setelah
menganalisis daripada kajian-kajian lepas, subtopik yang sukar adalah penyediaan
garam iaitu penyediaan garam tak terlarutkan dan garam terlarutkan. Hal ini
kerana, pelajar mengalami kesukaran untuk membezakan proses penyediaan bagi
kedua-dua jenis garam ini. Objektif pertama kajian ini dilaksanakan adalah untuk
membangunkan e-modul Salt-To-Us bagi subtopik penyediaan garam terlarutkan
dan garam tak terlarutkan yang mempunyai kesahan yang baik dalam kalangan
pelajar kimia tingkatan empat. Objektif kedua adalah untuk mengkaji persepsi
pelajar tingkatan empat terhadap kebolehgunaan e-modul Salt-To-Us bagi
subtop.....