|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Nur Farahkhanna Mohd Rusli |
| 1 | 2019 Article | Debukalisasi dan asimilasi fitur dalam Bahasa Kerinci: analisis teori autosegmental Nur Farahkhanna Mohd Rusli Makalah ini bertujuan menjelaskan proses debukalisasi dan asimilasi fitur dalam bahasa Kerinci berdasarkan teori fonologi autosegmental (Goldsmith, 1976/1990). Data terdiri daripada sumber sekunder dan primer yang diperoleh melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual dengan bantuan perakam, borang soal selidik dan buku catatan. Informan merupakan 10 penutur Kerinci yang tinggal di Kampung Batu 21 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan konsonan /s, p, t, k/ tidak dibenarkan berada di koda disebabkan proses debukalisasi yang merealisasikannya sebagai [h, ?]. Vokal yang mendahului konsonan tersebut pula, iaitu /a, u/ akan direalisasikan sebagai [?, ?, a, o] akibat proses asimilasi fitur yang melibatkan penyebaran fitur distingtif yang telah dijelaskan secara berpada berdasarkan geometri fitur model Halle (1992). Umumnya, kajian ini bertujuan menjelaskan sebab perubahan bunyi /as/, /up/, /ut/ dan /uk/ berlaku di rima akhir kata bahasa Kerinci.. 986 hits |
| 2 | 2022 Article | Konflik jiwa dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Nur Farahkhanna Mohd Rusli Makalah ini bertujuan menjelaskan konflik jiwa yang dialami oleh watak utama dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka (2015), iaitu Zainuddin. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan, iaitu dengan merujuk novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2015) sebagai sumber utama pengumpulan data. Analisis data dilakukan dengan menerapkan tiga jenis pendekatan untuk menganalisis psikologi watak Zainuddin yang mempunyai hubung kait dengan masalah jiwa, iaitu psikoanalisis Sigmund Freud (1984), teori humanistik Abraham Maslow (1943) dan psikologi Islam. Dapatan kajian menunjukkan watak Zainuddin berhadapan dengan pelbagai konflik jiwa. Berdasarkan pendekatan psikoanalisis Sigmund Freud (1984), unsur id, ego dan super ego dalam diri Zainuddin tercetus akibat konflik berunsurkan keturunan dan percintaan. Berdasarkan teori humanistik Abraham Maslow (1943) pula, Zainuddin berusaha mencapai kesempurnaan diri, manakala analisis berdasarkan psikologi Is..... 345 hits |