AbstractKajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina serta menilai kesahan dan
kebolehpercayaan modul pemulihan kemahiran menulis berkonsepkan visual ruang (KeMV) terhadap
murid bermasalah pembelajaran disgrafia. Reka bentuk kajian adalah pembangunan modul.
Modul KeMV ini dibina berdasarkan model pembangunan ADDIE yang merangkumi lima fasa
iaitu analisis keperluan, reka bentuk pembelajaran, pembangunan modul, pelaksanaan modul dan
penilaian kesahan modul. Kajian ini melibatkan 69 orang sampel yang telah dipilih
menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu 30 orang guru pendidikan khas bagi menjawab soal
selidik tinjauan keperluan modul, sembilan orang pakar sebagai penilai kesahan modul dan 30
orang murid bermasalah pembelajaran disgrafia menjawab soal selidik tentang kemahiran
menulis mereka. Instrumen yang digunaka.....