UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Nur Hanisah Mohd Hassan
1
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka bentuk tekanan, faktor tekanan, kesan tekanan dan strategi yang diambil oleh murid Orang Asli untuk menangani masalah tekanan. Kajian kes kualitatif dijalankan di se buah sekolah menengah daerah Kuantan ke atas lima orang murid Orang Asli. Data dianalisis menggunakan Model 3C Lichtman menggunakan aspek Koding, Kategori dan Konsep. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 10 tema termasuk tekanan akademik, te kanan emosi, tekanan keluarga, kesan fizikal, kesan emosi, kesan tingkah laku, kesan sosial, daya tindak berfokuskan pengelakan, daya tindak berfokuskan makna, dan daya tindak sosial. Hasil kajian ini mencadangkan keperluan intervensi khusus dalam pendidik an dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disesuaikan dengan cabaran unik yang dihadapi oleh murid Orang Asli. Implikasi untuk aspek pendidikan dan sokongan kaunseling turut dibincangkan. Kata kunci: t ekanan, m urid O rang Asli, strategi daya tindak..
Article Published 2024 418 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.