AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru sains sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. Seramai 159 orang guru Sains di 18 buah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu telah terlibat sebagai responden kajian ini. Pendekatan kajian yang digunakan adalah tinjauan dengan pengagihan borang soal selidik sebagai metodologi kajian ini. Analisis deskriptif dijalankan untuk memperoleh min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru Sains di sekolah menengah manakala statistik inferensi menjelaskan kekuatan hubungan antara tahap kefahaman dan pelaksanaan KBAT guru Sains sekolah menengah. Hasil kajian yang didapati menunjukkan bahawa guru Sains sekolah menengah mempunyai kefahaman (M = 3.09, SP = 0.35) dan pelaksanaan (M = 3.07, SP = 0.34) yang sederhana terhadap KBAT. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang sig.....