|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Nur Syafiqah Ismail |
| 1 | 2023 Final Year Project | Hubungan sokongan sosial dan motivasi pelajar Fizik tingkatan empat di Bandar Meru, Ipoh dalam menyelesaikan masalah Fizik Nur Syafiqah Ismail Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan sokongan sosial dan motivasi pelajar fizik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah fizik di Bandar Meru, Ipoh. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan bagi menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 75 orang pelajar fizik tingkatan empat di tiga buah sekolah di Bandar Meru, Ipoh yang dipilih berdasarkan persampelan berkelompok. Data dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai, kekerapan dan korelasi. Hasil kajian mendapati tahap sokongan sosial yang diberikan kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik adalah tinggi (M=3.8367, SP=0.46702) manakala motivasi pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik adalah sederhana (M=3.6711, SP=0.30590). Terdapat perkaitan hubungan yang positif dan kuat antara sokongan sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah fizik dalam kalangan pelajar tingkatan 4 (ρ=0.406). Kajian juga mendapati terdapat perkaitan hubungan yang po..... 1334 hits |
| 2 | 2025 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Puzzie Impuls Dinamik dalam pembelajaran bagi subtopik Impuls dan Daya Impuls bagi Tingkatan 4 Siti Nur Syafiqah Ismail Kajian ini mempunyai dua objektif kajian iaitu membangunkan permainan Puzzie Impuls Dinamik bagi subtopik impuls dan daya impuls dan menilai kebolehgunaan permainan Puzzie Impuls Dinamik dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Persoalan utama kajian ini adalah adakah permainan Puzzle Impuls Dinamik mempunyai tahap kesahan yang baik, serta apakah tahap kebolehgunaan permainan tersebut dalam membantu pelajar memahami subtopik daya dan impuls? Dalam kajian ini, permainan yang dibangunkan telah diaplikasi dengan menggunakan model ADDIE yang terdiri daripada fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.Terdapat dua instrumen kajian permainan Puzzie Impuls Dinamik yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Kesahan muka (95%) dan kesahan kandungan (88%) permainan Puzzie Impuls Dinamik bagi ketiga-tiga orang pakar menunjukkan pada tahap yang tinggi. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 pelajar tingkatan 4 di SMK Tarcisian Convent. Responden dip..... 58 hits |