AbstractTahap penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam PdP bagi Guru Pendidikan Islam
(GPI) masih pada tahap yang sederhana. Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan
penggunaan BBM berasaskan teknologi dalam pengajaran GPI, BBM teknologi yang
kerap digunakan oleh GPI serta kesediaan GPI terhadap penggunaan BBM teknologi
dalam pengajaran. Kajian ini juga melihat perbezaan amalan penggunaan BBM
teknologi dalam kalangan GPI berdasarkan jantina serta perbezaan BBM teknologi
yang kerap digunakan oleh GPI berdasarkan lokasi sekolah. Seterusnya, kajian ini
melihat hubungan antara amalan penggunaan dan kesediaan GPI terhadap BBM
berasaskan teknologi dalam pengajaran. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan
telah dipilih dalam kajian ini serta dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages for Science Social (SPSS) Version 27.0. Analisis deskriptif amalan
penggunaan BBM berasaskan teknologi memperoleh skor min sebanyak 48.8,
sp=7.621. Seterusnya, BBM teknologi yang kerap digu.....