|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nur Syifaa Mohd Nawi |
| 1 | 2021 Thesis | Pengetahuan, kemahiran dan penggunaan Computer-Based Assistive Technology daripada perspektif guru program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di sekolah menengah Nur Syifaa Mohd Nawi Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan penggunaan
Computer-Based Assistive Technology (CBAT) daripada perspektif guru program
pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di sekolah menengah. Kajian ini
menggunakan Model SAMR yang diasaskan oleh Puentedura untuk menerangkan
konsep penggunaan CBAT yang mengandungi elemen Substitution, Augmentation,
Modification, dan Redefinition. Objektif kajian juga adalah untuk menentukan
hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran penggunaan CBAT dengan kekerapaan
penggunaan CBAT. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Instrumen kajian
terdiri daripada satu set soal selidik yang telah disahkan oleh tiga orang pakar bidang
dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi menggunakan pekali Cronbach Alpha α
= 0.974. Sampel kajian ini terdiri daripada 108 orang guru PPKI Masalah Pembelajaran
yang telah dipilih daripada 12 buah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Data
yang diperolehi dianalisis meng..... 1844 hits |