UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurazreen Mohd Ghazali |
1 | 2023 final_year_project | Kesediaan dan pengetahuan guru pelatih Fizik terhadap pendidikan STEM Nurazreen Mohd Ghazali Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan dan pengetahuan bagi guru pelatih Fizik serta mengetahui sejauh mana pandangan bagi pendidikan STEM. Kajian ini telah melibatkan seramai 115 orang guru pelatih Fizik di UPSI yang terdiri daripada pelajar semester lima, enam dan tujuh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Fizik. Sampel ini dipilih menggunakan teknik pensempelan rawak mudah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Instrumen soal selidik dan protokol temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai manakala bagi dapatan data daripada temu bual separa berstuktur pula dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kualitatif oleh Miles dan Huberman (1994). Kajian ini telah memberikan satu pendedahan kepada institusi pendidikan khususnya bagi melihat sejauh mana ..... 1647 hits |