|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nurdiyawati Abidin |
| 1 | 2018 Thesis | Sejarah pembangunan pertanian negeri Melaka di bawah agensi pertanian persekutuan, 1970-1990 Nurdiyawati Abidin Objektif kajian ini bertujuan untuk mengalurkan perkembangan ekonomi pertanian masyarakat Melayu di Melaka selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia ditamatkan pada tahun 1990. Kajian ini juga bertujuan untuk membincangkan peranan agensi pertanian persekutuan FELDA, RISDA dan FELCRA dalam melaksanakan matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat serta kesannya terhadap perkembangan pertanian yang merubah sosioekonomi masyarakat di Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis perubahan perkembangan sosioekonomi kesan daripada pembangunan pertanian melalui peranan agensi pertanian di Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi luar bandar, khususnya dari aspek pembangunan kesejahteraan masyarakat pada keseluruhannya adalah sangat positif. Dapatan kajian juga mendapati taraf kehidupan masyarakat Melayu luar bandar di Melaka meningkat dimanif..... 980 hits |