AbstractTujuan kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh penggunaan telefon pintar
terhadap kemenjadian murid sekolah rendah daripada aspek akademik di Perlis. Model
pembelajaran Abad Ke-21 telah digunakan sebagai asas teori di mana aspek kemenjadian murid
iaitu pengetahuan, perwatakan dan kompetensi telah digunakan sebagai pembolehubah utama.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan rentas sebagai reka bentuk kajian dan satu set borang soal
selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 420
responden murid Tahun 6 yang dipilih secara persampelan rawak berstrata daripada 15 buah
sekolah rendah di Perlis. Data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan
statistik deskriptif dan inferens iaitu peratusan, min, sisihan piawai, korelasi Pearson
dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju (M.....