|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nurjailam Hamzah |
| 1 | 2017 Thesis | Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran mnemonik EZY bagi konsep pembundaran dalam kalangan murid tahun empat di pedalaman Sarawak Nurjailam Hamzah Kajian ini bertujuan membina dan menentukan keberkesanan modul pembelajaran mnemonik EZY bagi meningkatkan pemahaman konsep pembundaran dalam kalangan murid Tahun Empat di pedalaman Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Seramai 41 orang murid terlibat dalam kajian ini. Dua buah sekolah, iaitu sekolah A dan B yang terletak di pedalaman daerah Baram, Sarawak terlibat sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan di sekolah A terdiri daripada 16 orang murid, manakala kumpulan rawatan di sekolah B terdiri daripada 25 orang murid. Modul pembelajaran mnemonik EZY dibina berdasarkan model ADDIE. Ujian pra dan ujian pos adalah instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data. Statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach instrumen Ujian Pencapaian Matematik adalah tinggi iaitu 0.84. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan modul pembelajaran mne..... 842 hits |