UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nursabihah Roslan |
1 | 2021 article | Meneroka intervensi kaunselor dalam menangani masalah pelajar ponteng sekolah Nursabihah Roslan Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka strategi intervensi yang digunakan oleh kaunselor dalam menangani masalah ponteng sekolah, mengenalpasti cara intervensi tersebut dilaksanakan, dan pengaruh intervensi tersebut dalam menangani masalah ponteng sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes ke atas tiga orang kaunselor sekolah menengah di negeri yang berbeza iaitu Pahang, Perak dan Perlis. Kajian ini menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan data. Peserta kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ke atas kaunselor sekolah yang telah berkhidmat selama 10 tahun ke atas dan pernah mengendalikan isu ponteng sekolah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema yang terhasil untuk menjawab objektif kajian termasuklah melaksanakan aktiviti khusus kepada pelajar ponteng. Kaunselor turut melaksanakan intervensi berkaitan hala tuju pelajar dan intervensi berbentuk pembinaan hubungan yang baik dengan semua pihak yang..... 1088 hits |