AbstractTanpa kita sedari kanak-kanak turut terlibat secara langsung dan menjadi golongan yang
berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Oleh itu, kajian ini ingin memfokuskan
langkah pencegahan Covid- 19 kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam
tahun. Pengkajian ini lebih tertumpu untuk mengenalpasti maklumat kesedaran tentang
Covid-19 yang perlu disampaikan kepada golongan kanak-kanak, menghasilkan skrip
Wayang Kanak-kanak bertajuk Malang Si Panda berpandukan maklumat kesedaran
pencegahan Covid-19 dan mempersembahkan Wayang Kanak-kanak yang bertajuk
Malang Si Panda yang melibatkan karakter haiwan yang membawa mesej mengenai
pencegahan Covid- 19. Malang Si Panda ditayangkan secara dalam talian menerusi
Facebook live. Teori imaginasi sosiologi daripada C. Wright Mills turut memberi
inspirasi dalam memperkukuhkan kajian. Selain itu, kaedah kualitatif digunakan dalam
kajian seperti sumber bacaan iaitu kajian lepas, akhbar dan jurnal, sumber karya kreatif
iaitu penghasilan v.....