UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurul Amalina Jajuli |
1 | 2018 Thesis | Pembinaan dan keberkesanan pembaris garis nombor terhadap pencapaian operasi asas Matematik dalam kalangan murid prasekolah Nurul Amalina Jajuli Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengkaji keberkesanan Pembaris Garis Nombor (PGN) terhadap pencapaian empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam kalangan murid prasekolah. Reka bentuk kuasi eksperimen ujian-pra dan ujian-pos kumpulan kawalan tidak setara telah digunakan. Seramai 50 orang murid dipilih daripada dua buah kelas prasekolah di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Hulu Selangor secara pensampelan rawak kluster. Seramai 25 orang murid daripada kumpulan rawatan menjalani proses intervensi selama lapan minggu menggunakan PGN manakala 25 orang murid daripada kumpulan kawalan melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan secara konvensional. Berdasarkan analisis ujian-t sampel tidak bersandar, min markah murid kumpulan rawatan adalah berbeza dengan min markah murid kumpulan kawalan secara signifikan [t(48) = 8.251, p < 0.05]. Kesimpulannya, murid yang menjalani pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggunakan PGN menunjukkan pencapaian yang le..... 836 hits |