UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurul Asnidah Ab Hajis |
1 | 2022 article | Pengintegrasian teknologi dalam kalangan guru Matematik semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Nurul Asnidah Ab Hajis Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan suatu norma baharu dalam sistem pendidikan negara. Kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ini bertujuan untuk meneroka amalan pengintegrasian teknologi dalam kalangan guru matematik semasa pelaksanaan PdPR. Seramai tiga orang guru matematik sekolah menengah dipilih sebagai peserta kajian menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Temu bual secara separa berstruktur dilaksanakan bagi mengumpul data kajian. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berbantukan penggunaan perisian ATLAS.ti 22. Hasil dapatan temu bual menunjukkan guru telah mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik melalui pelbagai pendekatan, strategi dan aplikasi digital semasa PdPR. Guru matematik juga mendapati PdPR telah memberikan suatu pengalaman baharu yang berharga kepada mereka dalam aspek pengajaran walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk melaksanakannya. Melalui kajian ini, pengin..... 329 hits |