AbstractKompetensi murid sekolah rendah dalam konsep dan prosedur pengiraan melibatkan pecahan perlu diperkukuhkan supaya pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi dalam Matematik dapat difahami dan dipelajari dengan lebih berkesan. Malah, keupayaan murid untuk menguasai sesuatu pengetahuan dalam bidang akademik didorong oleh faktor efikasi kendiri. Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan faktor jantina dan pencapaian akademik terhadap efikasi kendiri dan pengetahuan murid dalam topik pecahan.
Selain itu, objektif kajian adalah menentukan hubungan antara efikasi kendiri dan pengetahuan murid dalam topik pecahan. Seramai 128 orang murid tahun 4 dari sebuah sekolah di daerah Nilai yang terdiri daripada 63 orang murid lelaki dan 65 orang murid perempuan telah dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata sebagai responden dalam kajian ini. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik efikasi kendiri dan ujian pengetahuan bagi topik pecahan. Hasil analisi.....