UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurul Farahana Muhammad |
1 | 2022 thesis | Pembinaan dan keberkesanan Garis Panduan Bacaan Kongsi terhadap pemerolehan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris kanak-kanak 5 tahun Nurul Farahana Muhammad Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai sebuah Garis Panduan Bacaan
Kongsi (BK) terhadap pemerolehan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris kanakkanak
lima tahun. Proses pembinaan garis panduan ini adalah berasaskan Model
ADDIE dan diterapkan dengan penerapan Teori Pemerolehan Bahasa Kedua, Teori
Sosiobudaya dan Teori Respon Pembaca. Kajian ini menggunakan kaedah campuran
(mix-method) yang melibatkan tiga fasa. Pembinaan Garis Panduan BK melibatkan
lima peringkat Model ADDIE iaitu; i) Analisis (Analysis), ii) Reka bentuk (Design), iii)
Pembangunan (Development), iv) Pelaksanaan (Implementation), v) Penilaian
(Evaluation). Bagi memperolehi kesahan dan kepercayaan garis panduan, kajian ini
melibatkan tiga orang pakar bidang dan 30 orang guru pendidikan awal kanak-kanak.
Dapatan menunjukkan bahawa garis panduan yang dibina mempunyai kesahan yang
baik dengan peratusan persetujuannya yang tinggi. Nilai Alpha Croanbach 0.93 juga
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Kaeda..... 285 hits |