UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurul Najjah Hamzah |
1 | 2023 final_year_project | Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bagi guru pelatih UPSI Nurul Najjah Hamzah Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan tatabahasa bagi kalangan guru pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Sampel kajian ini pula terdiri daripada guru-guru pelatih yang menjalani proses latihan mengajar iaitu seramai 50 orang responden. Keseluruhannya, tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran tatabahasa bagi guru pelatih pada tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden meletakkan persepsi yang positif terhadap bahan bantu mengajar. Selain itu, cabaran tertinggi yang dihadapi oleh responden adalah harga bahan bantu mengajar di pasaran agak tinggi dan menyukarkan guru pelatih untuk mendapatkannya. Akhir sekali, bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan oleh responden semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan adalah berbentuk elektronik ia..... 1714 hits |