|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nurul Najwa Soeim |
| 1 | 2024 Final Year Project | Tahap pemahaman terhadap kecerdasan pelbagai dalam kalangan mahasiswa ISMP Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris Nurul Najwa Soeim Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman terhadap kecerdasan pelbagai dalam kalangan mahasiswa ISMP Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai 162 responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Pendidikan Islam dari semester empat hingga tujuh. Pendekatan kuantitatif yang telah digunakan sebagai reka bentuk kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah dilakukan kesahan oleh dua orang pakar bidang. Data yang diperolehi itu telah diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap pemahaman mahasiswa Pendidikan Islam terhadap kecerdasan pelbagai. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap pemahaman mahasiswa Pendidikan Islam terhadap kecerdasan pelbagai dari aspek teori asas berada pada tahap tinggi iai..... 4 hits |