AbstractSikap dan motivasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap guru terhadap pengajaran teks Sulalatin Salatin berdasarkan pendekatan struktural; mengenal pasti motivasi guru terhadap pengajaran teks Sulalatus Salatin berbentuk video berdasarkan pendekatan struktural; serta menganalisis hubungan antara sikap dan motivasi guru terhadap pengajaran teks Sulalatus Salatin berbentuk video berdasarkan pendekatan struktural. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif bagi menjawab tiga persoalan dan dua hipotesis. Satu set instrumen iaitu borang soal selidik telah digunakan untuk mengukur sikap dan motivasi guru terhadap bahan pengajaran teks Sulalatus Salatin berdasarkan video. Responden kajian terdiri daripada 32 orang guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tingkatan enam yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Analisis Korelasi Pearson r menunjukkan hubungan yang sangat.....