|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nurul Syuhaiza Othman |
| 1 | 2024 Thesis | Kompetensi pengetahuan dan kemahiran guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah di Selangor Nurul Syuhaiza Othman Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah melalui penilaian kendiri guru di sekolah terpilih. Kajian ini menggunakan model Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) oleh Mishra dan Koehler yang memfokuskan kepada empat elemen iaitu pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan teknologi dan kemahiran amali guru. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 360 orang guru yang telah dipilih secara rawak berstrata di negeri Selangor. Instrumen kajian iaitu satu set soal selidik dibangunkan berdasarkan dokumen Model Standard Kompetensi Guru Malaysia, dokumen Pembelajaran Abad ke-21 dan Standard Guru Malaysia 2.0. Dalam kajian ini, soal selidik telah disahkan oleh enam orang pakar dari segi kesahan (muka, kandungan dan konstruk) instrumen soal selidik. Manakala, kebolehpercayaan dari segi ketekalan dalaman soal selidik diukur menggunakan Alpha Cronbach..... 1 hits |