UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Nurul Wahida Ismail
1
Abstract
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menunjukkan Pakatan Harapan (PH) pertama kali dalam sejarah pilihan raya telah membentuk pentadbiran di Perak. Perubahan keputusan PRU ini pastinya dipengaruhi oleh kecenderungan pengundi yang memberi undi kepada parti atau calon yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Dari segi geografi pilihan raya, DUN Manjoi dan Behrang ini terdiri daripada kawasan bandar, separa bandar dan luar bandar yang masing-masing mempunyai 18 dan 20 pusat daerah mengundi. Kawasan ini terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain. Justeru, kajian ini menganalisis kecenderungan pengundi semasa PRU ke-14 di DUN Manjoi dan Behrang dengan menggunakan kerangka teori pilihan rasional bagi menilai faktor yang berkaitan dengan pilihan responden. Bagi mencapai objektif kajian, pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik telah diedarkan secara bersemuka kepada seramai 450 orang pengundi di kawasan tersebut. Sumber sekunder juga digunakan bagi menyokong dapat.....
Article Published 2024 660 hits Available
2
Abstract
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 telah berpihak kepada parti gabungan baharu iaitu Pakatan Harapan (PH) di Perak. Perubahan kerajaan PH daripada BN telah dipengaruhi oleh keputusan pengundi ketika PRU ke-14. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pola pengundian di DUN Manjoi dan Behrang pada PRU ke-12 (2008) hingga PRU ke-14 (2018), menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pengundi dan menilai persepsi pengundi terhadap wakil rakyat baharu di DUN Manjoi dan Behrang pada PRU ke-14. Teori Pilihan Rasional digunakan sebagai kerangka teori untuk mengenal pasti pilihan pengundi dalam membuat keputusan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menerusi instrumen soal selidik untuk mengumpulkan data responden. Data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS Statistics 23. Persampelan kajian melibatkan 450 orang responden yang dipilih secara rawak berstrata di DUN Manjoi dan Behrang. Dapatan kajian menunjukkan berlaku perubahan pola pengundian di DUN Manjoi dan Behrang kerana dip.....
Thesis Published 2024 256 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.