AbstractKajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu
mengenal pasti pengalaman sosial dan politik penyair yang terlibat, dalam sesuatu isu sosial yang
terdapat dalam puisi A Samad Said dan Taufiq Ismail. Kedua, mengenai hal-hal kemanusiaan,
kemasyarakatan, dan sosiopolitik dalam isu-isu sosial. Ketiga, menganalisis makna dan mesej
yang terdapat dalam karya puisi kedua-dua penyair, yang mengungkapkan permasalahan sosial orang
Melayu. Kajian ini menggunakan teori Semiotik Charles Sanders Peirce, teori tanda Jonathan
Culler, dan Aart van Zoest, untuk mencari dan memahami makna tanda-tanda tentang isu-isu
sosial dalam teks puisi A.Samad Said dan Taufiq Ismail. Dapatan kajian ini berjaya menemukan
tanda-tanda ikon imej, ikon diagram dan ikon metafora, yang digunakan oleh
penyair untuk memperjelaskan isu-isu sosial yang .....