UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Paharudin Arbain |
1 | 2015 thesis | Eksplorasi pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF dan hubungannya dengan pencapaian murid Paharudin Arbain Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah rendah di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori al-Qabisi untuk mengkaji lapan komponen pelaksanaan pengajaran guru yang merangkumi objektif, tahap murid, set induksi, kaedah, alat bantu mengajar (ABM), pujian, penilaian, dan sahsiah guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Dua set instrumen soal selidik dibina oleh pengkaji dengan nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach adalah tinggi, iaitu antara 0.757 hingga 0.913. Seramai 402 guru j-QAF dan 1,260 murid tahun lima dipilih secara rawak berstrata di lima negeri berdasarkan zon untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 486 murid turut terlibat dalam ujian pencapaian Tilawah al-Quran dan 10 guru pula terlibat dalam pemerhatian kelas dan sesi temu bual. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunaka..... 756 hits |