AbstractKajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan papan putih
interaktif dalam Bahasa Inggeris terhadap murid tahun 3 di sebuah sekolah
rendah Daerah Kinta Selatan, Perak. Objektif kajian adalah untuk mengenal
pasti keberkesanan penggunaan papan putih interaktif terhadap tahap
pencapaian, tahap motivasi dan tahap minat dalam kalangan murid Tahun 3
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Reka bentuk kuasi eksperimen
digunakan dalam kajian ini. Teori pembelajaran inkuiri dan teori pembelajaran
konstruktivisme diguna pakai dalam kajian ini. Kajian ini berlangsung selama
lapan minggu dan terdiri daripada 39 orang responden pelbagai tahap
pencapaian akademik diagihkan secara rawak ke dalam dua kumpulan, 19
orang responden bagi kumpulan rawatan (kaedah multimedia interaktif) dan 20
orang responden bagi kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Data dikumpul
dengan menggunakan ujian pasca pencapaian dan soal selidik bagi tahap
motivasi dan tahap minat. Perbezaan min ujian pas.....