|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 4 |
| Simplified search suggestions : Prabhu al Ragawan |
| 1 | 2018 Article | Kesan latihan pliometrik ke atas perubahan fizikal otot atlet lompat jauh Prabhu Ragawan Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 7(1): Received: 20 May 2018, Accepted: 22 June 2018 – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program latihan pliometrik terhadap perubahan fizikal otot. Seramai 24 orang atlet lelaki berumur 12 tahun di daerah Cameron Highland terlibat sebagai responden kajian. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n = 12) dan kumpulan rawatan (n = 12). Program latihan pliometrik dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu selama enam (6) minggu. Ukur lilit otot paha dan ukur lilit otot betis diukur semasa ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA dua hala untuk mengenal pasti perbezaan antara kumpulan, masa ujian dan interaksi antara kumpulan dan masa ujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku pembesaran pada diameter ukur lilit paha dan betis pada kedua dua kumpulan dengan kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan diameter yang lebih ketara berbanding kumpulan kawalan. Ujian ANOVA dua hala menunjukkan..... 702 hits |
| 2 | 2018 Thesis | Kesan latihan pliometrik ke atas prestasi lompatan dan fizikal atlet lompat jauh di Cameron Highlands Prabhu Ragawan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program latihan pliometrik terhadap
prestasi lompatan dan perubahan fizikal atlet. Seramai 24 orang atlet lelaki acara lompat jauh
lelaki bawah 12 tahun di daerah Cameron Highland terlibat sebagai peserta. Peserta
kajian dibahagikan kepada 12 orang responden kumpulan kawalan dan 12 orang kumpulan rawatan.
Program latihan pliometrik dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu selama enam (6)
minggu. Ujian prestasi lompatan, ujian lompat menegak, ujian lompat jauh berdiri, ujian squat, ukur
lilit otot peha dan ukur lilit otot betis diukur semasa ujian pra dan ujian pasca. Data
dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA dua hala untuk mengenal pasti perbezaan
antara kumpulan, masa ujian dan interaksi antara kumpulan dan masa ujian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan prestasi pada k..... 1677 hits |
| 3 | 2024 Article | Kesan latihan pliometrik dan latihan mendaki terhadap tahap stres dalam kalangan atlet semasa kitaran haid Prabhu a/l Ragawan Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan program latihan pliometrik dan latihan mendaki terhadap tahap stres dalam kalangan atlet perempuan pada fasa sebelum, semasa dan selepas haid. Seramai 30 orang atlet daerah Cameron Highlands berumur 14-17 tahun terlibat sebagai peserta yang dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan kawalan (n=10), kumpulan latihan mendaki (n=10) dan kumpulan latihan pliometrik (n=10). Intervensi latihan untuk kumpulan pliometrik dan mendaki dijalankan sebanyak dua kali seminggu selama 12 minggu pada fasa akhir folikel dan fasa awal luteal responden. Soal selidik “Profile of Mood States” (POMS2-Y Short) dilaksanakan semasa ujian pra dan pasca pada fasa sebelum, semasa dan selepas haid. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA tiga hala untuk mengenal pasti perbezaan antara kumpulan kajian, masa ujian, fasa haid dan interaksi antara kumpulan kajian, masa ujian dan fasa haid. Keputusan Ujian ANOVA tiga hala menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara ku..... 332 hits |
| 4 | 2025 Thesis | Kesan Latihan pliometrik dan Latihan mendaki terhadap prestasi fizikal tahap tekanan darah dalam kalangan atlet semasa kitaran haid Prabhu Ragawan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan program latihan pliometrik dan latihan mendaki terhadap prestasi fizikal, tahap stres dan tahap tekanan darah dalam kalangan atlet perempuan pada fasa sebelum, semasa dan selepas haid. Reka bentuk kajian adalah kajian eksperimental tulen yang melibatkan seramai 30 orang atlet wanita daerah Cameron Highlands berumur 14-17 tahun. Peserta kajian dibahagikan kepada kumpulan kawalan (10 orang), kumpulan latihan mendaki (10 orang) dan kumpulan latihan pliometrik (10 orang). Intervensi latihan pliometrik dan latihan mendaki dijalankan sebanyak dua kali seminggu selama 12 minggu mengikut fasa akhir folikel dan fasa awal luteal atlet. Ujian lompat jauh berdiri, ujian squat, ujian double leg tuck jump, ukur lilit otot gastroknemius, soal selidik Profile of Mood States (POMS2-Y Short) dan ujian tekanan darah diukur semasa ujian pra dan pasca pada fasa sebelum, semasa dan selepas haid. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA tiga hala untuk mengenal ..... 30 hits |