AbstractKajian ini bertujuan menentukan pengaruh dimensi budaya organisasi (klan,
adhokratik, hierarki, pasaran) ke atas Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM),
pengaruh dimensi budaya organisasi (klan, adhokratik, hierarki, pasaran) ke atas
orientasi keusahawanan, dan pengaruh dimensi budaya organisasi (klan, adhokratik,
hierarki, pasaran), Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan orientasi
keusahawanan ke atas prestasi perusahaan herba di Indonesia. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah deduktif. Sampel kajian terdiri
daripada 400 orang usahawan herba yang berdaftar pada Asosiasi Pengusaha Herbal
Indonesia (APHI) yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah.
Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan
Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tujuh
daripada 14 hipotesis yang diuji adalah disokong. Secara spesifiknya, budaya pasaran
merupakan satu-satunya faktor budaya yang mempengaruhi TQM secara s.....