AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Pembelajaran berasaskan Pembelajaran Koperatif (Co-In Art) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual murid Program Pendidikan Inklusif di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Sejajarnya, kajian ini dijalankan dalam tiga fasa. Fasa pertama adalah fasa analisis keperluan. Fasa ini menggunakan kaedah temu bual yang melibatkan seramai lima orang responden yang terdiri daripada tiga orang guru Pendidikan Seni Visual dan dua orang pensyarah Institut Pendidikan Guru untuk memantau keperluan pembangunan model Co-In Art. Dapatan fasa ini mengesahkan terdapat keperluan terhadap pembangunan model Co- In Art. Dapatan temu bual dan tinjauan literatur digunakan dalam fasa pembangunan komponen reka bentuk model Co-In Art di Fasa kedua. Fasa kedua ialah fasa reka bentuk dan pembangunan model. Dalam fasa reka bentuk kajian melibatkan seramai 16 orang pakar dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi.....